Status Warganegara Saya Sah - Mismah.
Puan Mismah menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa status Kad Pengenalan biru yang diperolehi beliau adalah tidak sah di sisi undang-undang. Puan Mismah sambil mempamerkan Sijil Kerakyatan dan No. Kad Pengenalan yang tertera dikeluarkan pada 31 Januari 2011 mendakwa, beliau amat kecewa kerana status kewarnegaraan yang beliau harapkan selama ini telah dijadikan alat pihak Pakatan Rakyat demi kepentingan politik mereka. Maklumat Lanjut Sila Layari http://www.klpos.com/news/2011/08/13/...