TITI HAYUN YAN BANJIR LAGI LEPAS PERISTIWA KEPALA AIR GUNUNG JERAI

TITI HAYUN YAN BANJIR LAGI LEPAS PERISTIWA KEPALA AIR GUNUNG JERAI

Penduduk di beberapa kampung terkejut dan cemas apabila air Sungai Titi Hayun di Gunung Jerai di sini, mengalir deras dan melimpah di atas jalan raya selepas hujan lebat hari ini. Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, paras air di sungai tersebut meningkat selepas hujan lebat sehingga menimbulkan cemas dalam kalangan penduduk yang masih trauma dengan tragedi kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.