Chapter 2 | Puncak gunung Baling | The top of Baling Mountain || Kedah || Malaysia

Chapter 2 | Puncak gunung Baling | The top of Baling Mountain || Kedah || Malaysia

Assalamualaikum....kemon gaisss...yang ni sambungan dari "Chapter One" - Hiking gunung baling, Kulim, Kedah darul aman... semoga terhibur dan mendapat manfaat dari video ni...thank you... BIASANYA gunung yang menjadi tumpuan pendaki terletak di hutan belantara, sehinggakan untuk sampai ke kaki gunung memerlukan kumpulan pendaki menyewa kenderaan pacuan empat roda. Ini kerana laluan masuk ke tempat mula mendaki adalah denai hutan atau laluan balak yang hanya boleh dimasuki jentera tersebut. Ini berbeza dengan dua puncak gunung yang semakin dikenali ramai di daerah ini, Gunung Baling dan Gunung Pulai. Kedua-dua gunung itu terletak di pekan Baling dan pendaki boleh memandu kereta sehingga ke tempat mula mendaki. Sejak keindahan kedua-dua gunung itu menjadi viral dalam Facebook pada tahun lalu, jumlah mereka yang datang untuk mendaki gunung-gunung tersebut terutama Gunung Baling semakin ramai, sehinggakan dalam sehari pada hujung minggu, jumlah pendaki mencecah lebih 500 orang. Difahamkan ramai pendaki datang dari luar daerah Baling. Ada yang datang dari Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur. Malah saya turut diberitahu terdapat juga pendaki dari Singapura. Gunung Baling memiliki ketinggian 420 meter, manakala Gunung Pulai (610 meter). Namun, pendaki lebih tertumpu pada Gunung Baling kerana trek mendaki yang lebih mudah berbanding dengan Gunung Pulai. “Trek mendaki Gunung Pulai adalah 80 peratus batu. Ini bermakna pendaki perlu mendaki dinding batu di beberapa tempat. Tempoh mendaki juga lebih lama iaitu sekitar tiga jam, berbanding mendaki Gunung Baling yang memakan masa dua jam untuk sampai ke puncak,” tambahnya. Memandangkan semakin ramai pendaki maka kejadian sesat dan tersasar dari laluan dilaporkan kerap berlaku kerana kebanyakannya mendaki tanpa dipandu oleh penunjuk arah. Berikutan itu, selepas berbincang dengan orang kampung yang biasa mendaki gunung tersebut untuk mencari hasil hutan, pasukan Malim Gunung Baling dan Malim Gunung Pulai ditubuhkan pada Februari lalu. Kesemua penunjuk arah itu terdiri daripada orang kampung yang mahir dengan selok belok laluan ke puncak gunung-gunung berkenaan. “Sebelum menjadi viral, kedua-dua gunung itu biasanya didaki oleh orang kampung yang mencari hasil hutan seperti pokok paku aji, rebung dan menjerat burung. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Assalamualaikum .... kemon gaisss ... this is a continuation of "Chapter One" - Hiking gunung baling, Kulim, Kedah darul aman ... hope you are entertained and benefit from this video ... thank you ... USUALLY, the mountains that climbers focus on are located in the jungle, so that to reach the foot of the mountain requires a group of climbers to rent a four-wheel drive vehicle. This is because the entrance to the place to start climbing is a forest trail or logging path that can only be entered by the machinery. This is in contrast to the two mountain peaks that are increasingly known in this district, Mount Baling and Mount Pulai. Both mountains are located in the town of Baling and climbers can drive the car up to the starting point of the climb. Since the beauty of the two mountains went viral on Facebook last year, the number of those who come to climb the mountains, especially Mount Baling, has increased, so that in a day on weekends, the number of climbers reaches more than 500 people. It is understood that many climbers come from outside Baling district. Some come from Penang, Perak and Kuala Lumpur. In fact, I was also told that there are also climbers from Singapore. Mount Baling has a height of 420 meters, while Mount Pulai (610 meters). However, climbers are more focused on Mount Baling because the climbing track is easier compared to Mount Pulai. “The trek up Mount Pulai is 80 percent miles. This means climbers have to climb stone walls in some places. The climbing period is also longer at around three hours, compared to climbing Mount Baling which takes two hours to reach the top, ”he added. As more and more climbers get lost and stray from the routes are reported to occur frequently as most climb without being guided by directions. Following that, after discussing with the villagers who used to climb the mountain to find forest products, the Malim Gunung Baling and Malim Gunung Pulai teams were established last February. All the directions are made up of skilled villagers with the ins and outs of the path to the tops of the mountains. "Before going viral, the two mountains are usually climbed by villagers looking for forest products such as aji spikes, bamboo shoots and bird traps. #kedah #Malaysia