Daniesh Suffian vs Indah Ruhaila - Salahkah | Vokal Mania (2020)

Daniesh Suffian vs Indah Ruhaila - Salahkah | Vokal Mania (2020)

Episod pertama Vokal Mania melihat Rookies Aisya Retno, Wafariena, Tuah Adzmi dan Alif Kadim mencabar barisan Idol yang terdiri daripada Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok. Aisya Retno membuktikan kehebatannya apabila menyerlah dalam pusingan solo dan duetnya dengan Tomok, sekaligus membawa pulang Rookie Star Award dan wang tunai RM1,000. Empat Rookies baru akan ditampilkan malam ini iaitu Fiera Eisara, Razak A’ai, Nuha Bahrin dan Daniesh Suffian. Mampukah mereka memberi cabaran kepada para Idol? Persembahan mereka akan dinilai panel juri yang terdiri daripada Misha Omar dan Yusry Abdul Halim. Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz, Vokal Mania disiarkan secara langsung pada jam 9 malam setiap Sabtu di TV3. Atau saksikan strim langsung di saluran YouTube TV3Malaysia. Anda boleh mengundi Rookie Pilihan anda ke peringkat Separuh Akhir Vokal Mania melalui https://www.xtra.com.my/vokalmania #VokalMania #KalauBeraniCabarlah