Draf akta dana politik siap hujung tahun ini, kata Paul
Perundingan mengenai cadangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) akan siap menjelang hujung tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low. Ujar Low, Kabinet telah mengadakan perbincangan draf rang undang-undang dan tugas beliau sekarang ialah mendapatkan sokongan para pemimpin politik. "Langkah pertama ialah saya cuba dan saya akan, mudah-mudahan, untuk bertemu dan memberi taklimat kepada pemimpin Barisan Nasional terlebih dahulu dan harap-harap dapat menerang dan mendapatkan spkongan semua pemimpin politik yang lain kemudiannya. "Saya harap menjelang akhir tahun ini, sepatutnya siap segala-galanya. "Jadi ia adalah berterusan kecuali kerana ia perundangan yang besar, ia memerlukan saya untuk mengadakan rundingan yang sewajarnya dengan parti-parti politik kerana terkesan kepada mereka," jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di Petaling Jaya, hari ini. The PDEA adalah salah satu daripada 32 cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai pembiayaan politik yang dipengerusikan oleh Low. Semalam, PAS dan sekutunya Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mendesak akta berkenaan dapat digubal dan diluluskan di Parlimen pada awal tahun depan. Kedua-dua parti itu melihatnya sebagai “penyelesaian akar umbi” yang penting untuk membasmi politik wang dan budaya rasuah yang didakwa sudah menjadi barah serius dalam negara. Pendirian itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden IKATAN Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.